Selasa, 20 Disember 2016

Permusafiran ke Acheh

Alhamdulillah pada 4 hingga 7 Disember 2016 kami (saya isteri dan anak) telah berkesempatan bermusafir ke Acheh Darussalam. Dalam entri ini dan beberapa entri selepas ini saya akan mengulas sedikit berkenaan perjalanan kami pergi dan balik dari Acheh.

Berikut adalah jadual perjalanan kami:


4 Disember 2016

5:30 pagi- Check-in di KLIA2
7:55 pagi- Penerbangan dari KLIA2
9:30 pagi (8:30 pagi waktu acheh)- Tiba di Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh.
Selepas ini menggunakan waktu Acheh
9:30 pagi- Dibawa supir (Ahmad Chandra) sarapan, Muzium Tsunami dan ronda-randa Banda Acheh.
1:00 tengahari- Makan tengahari, beli simpati Telkomsel (simkad Indonesia untuk plan data)
2:30 petang- Check-in Hotel Mekkah. Solat dan himpunan daya.
5:00 petang- Rehat-rehat di pantai Ulee Lheue.
6:15 petang- Membeli-belah di kedai-kedai sekitar Putra Acheh
7:00 malam- Solat di Masjid Raya Baiturrahman
7:30 malam- Makan malam di Restoran Wong Solo, “window shopping” di kedai-kedai bersebelahan
9:30 malam- Pulang ke Hotel Mekkah

5 Disember 2016

9:30 pagi- Bertolak ke Makam Syiah Kuala (baca- Sheikh Kuala)
11:00 pagi- Melawat Wisata Tsunami Boat di atas Rumah Lampulo
12:00 pagi- Melawat Kapal PLTD Apung
1:30 petang- Makan tengahari di Rumah Makan Padang Elok Saiyo
2:30 petang- Membeli-belah di Pasar Acheh Mall
4:00 petang- Pulang ke hotel, solat, himpunan daya
8:00 malam- Makan malam di RM Ayam Penyet Wong Solo
9:00 malam- Makan durian di gerai tepi jalan (nama tempat tak pasti, mungkin Pasar Acheh)
9:30 malam- Membeli ole-ole di Putra Acheh
10:30 malam- Kembali ke hotel. Himpunan daya.

6 Disember 2016

9:30 pagi- Melawat Kubah Masjid Tsunami di tengah sawah
11:00 pagi- Melawat Masjid Rahmatullah, Aceh Besar
12:30 petang- Melawat Rumah Cut Nyak Dhien (pejuang Acheh yang menentang Penjajah Belanda)
1:30 petang- Mkan tengahari di Rumah Makan Syiah Kuala
2:30 petang- Solat di Masjid Raya Baiturrahman
3:00 petang- Melawat Muzium Acheh
4:00 petang- Melawat Taman Sari Gunongan
5:00 petang- Kembali ke hotel, himpunan daya dan solat
8:00 malam- Makan malam di REX Peunayong
9:00 malam- Ronda-ronda di sekitar REX Peunayong
10:00 malam- Balik ke hotel, berkemas untuk pulang

7 Disember 2016

6:00 pagi- Bertolak ke Bandara Sultan Iskandar Muda
7:00 pagi- Sarapan dan check-in
8:50 pagi- Penerbangan pulang ke KLIA2
11:20 pagi (waktu Malaysia)- Tiba di KLIA2

Kami telah membayar sebanyak RM530 seorang kepada agensi pelancongan merangkumi kos penginapan, makan tengahari dan makan malam, pengangkutan dan bayaran masuk ke tempat-tempat yang tertentu selama empat hari tiga malam.

Bagi kos tiket kapal terbang pula, nilainya bergantung kepada promosi dan waktu tiket dibeli memandangkan kami menaiki Air Asia. Jika mahukan tiket murah, kenalah tempah tiket lebih awal dan bukan pada waktu cuti umum.


Acheh sekarang sudah menjadi antara tempat pelancongan yang diminati oleh rakyat Malaysia. Jangan terkejut kalau tiket kapal terbang cepat habis. Bahkan sepanjang kami di Banda Acheh, kami sering bertembung dengan orang Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan