9:00 pagi-
Bertolak ke Makam Syiah Kuala (baca- Sheikh Kuala)
11:00 pagi-
Melawat Wisata Tsunami Boat di atas Rumah Lampulo
12:00 pagi-
Melawat Kapal PLTD Apung
1:30 petang-
Makan tengahari di Rumah Makan Padang Elok Saiyo
2:30 petang-
Membeli-belah di Pasar Acheh Mall
4:00 petang-
Pulang ke hotel, solat, himpunan daya
8:00 malam-
Makan malam di RM Ayam Penyet Wong Solo
9:00 malam-
Makan durian di gerai tepi jalan (nama tempat tak pasti, mungkin Pasar Acheh)
9:30 malam-
Membeli ole-ole di Putra Acheh
10:30 malam-
Kembali ke hotel. Himpunan daya.
Selesai
solat subuh, kami bersiap-siap untuk turun bersarapan. Masa antara sarapan
dengan supir datang agak lama. Ada yang mengambil peluang ini untuk
berjalan-jalan di sekitar hotel. Peluang ini saya gunakan untuk membuat carian
dalam talian tempat-tempat menarik untuk dilawati selain membaca serba sedikit
sejarah Acheh yang panjang.
Makam Syiah Kuala
Tepat jam 9
pagi, Chandra dan rakannya sampai. Kami dibawa ke Makam Syiah Kuala (baca
Sheikh Kuala), seorang alim yang banyak menyumbang kepada perkembangan ilmu
khususnya ilmu Islam di Bumi Acheh. Kalau nak diceritakan kisah Syiah Kuala di
sini, kisahnya terlalu panjang. Bolehlah google sendiri. Apa yang menarik
tentang makam ini ialah semasa tsunami melanda, kawasan makan ini adalah antara
kawasan yang tidak terjejas sedangkan perkampungan dan pusat pengajian pondok
sekitarnya tidak bernasib baik. Mungkin tak keterlaluan kalau kita katakana ini
adalah karamah yang Allah kurniakan kepada orang soleh.
Selain
melawat, jagalah adab-adab menziarah kubur. Jika anda memerlukan penerangan
tentang Syiah Kuala, sejarah perkampungan ataupun keadaan semasa tsunami
melanda, anda boleh dapatkannya daripada penjaga makam ini yang juga salah
seorang keturunan Syiah Kuala. Beliau antara mangsa tsunami dan sekarang antara
individu yang menguruskan kawasan makam dan sekitarnya.
Untuk
memasuki kawasan makam ini, tiada bayaran dikenakan tetapi terdapat kotak derma
disediakan. Anda boleh menderma di situ atau berikan saja kepada mereka yang
menyelenggara kawasan ini. Nasihat saya, jika menziarah ke sini, elakkan
perkara-perkara khurafat tetapi ambil pengajaran; betapa kalau Allah nak
muliakan seseorang, bukan semasa hidup saja, dah meninggal dunia pun masih
Allah muliakan.
Setelah itu,
kami bergambar di sekitar makam ini dan pantai yang berhampiran. Kelihatan
beberapa orang anggota tentera sedang berlatih di pantai berhampiran. Kami
ambil masa melihat perkampungan sekitar. Diceritakan perkampungan sekitar makam
ini musnah secara total semasa tsunami kerana berada betul-betul di tepi
pantai. Ada mangsa yang terselamat tetapi dihanyutkan ombak tsunami sehingga
empat kilometer dari sini. Begitulah dahsyatnya kekuatan ombak tsunami.
Rumah atas bot Kampung Lampulo
Rumah atas bot Kampung Lampulo
Perjalanan
kami diteruskan ke Kampung Lampulo. Perkampungan nelayan ini menjadi terkenal
kerana peristiwa sebuah bot nelayan yang tersangkut di bumbung rumah seorang
penduduk kampong dan berjaya menyelamatkan 59 orang semasa tsunami melanda.
Semasa di sini, kami diberikan penerangan oleh salah seorang waris mangsa
tsunami. Beliau tiada semasa tsunami melanda tetapi kehilangan seluruh ahli
keluarga yang menjadi mangsa tragedi tsunami.
Di rumah
ini, turut disediakan beberapa ruang pameran. Bahkan didirikan juga beberapa
binaan untuk memudahkan pelawat mengambil gambar kenang-kenangan. Pelawat juga
boleh membeli sijil melawat bot di atas rumah Kampung Lampulo yang
ditandatangani Wali Kota (Datuk Bandar) Acheh. Nama kita akan ditulis tangan
secara terus. Kami turut membeli satu sijil atas nama anak kami.
Terdapat juga
beberapa gerai menjual air, makanan dan cenderamata di sekitar kawasan ini.
Harganya mungkin sedikit mahal berbanding tempat lain, tetapi apabila ditukar
nilainya kepada ringgit, bezanya hanya antara 35 sen hingga seringgit. Saranan
saya, belilah sedikit. Buat memberi rezeki kepada mereka. Lebih baik berniaga
daripada mengemis.
Selesai
bergambar kami bertolak ke PLTD Apung. Sebenarnya, banyak lagi cerita yang kami
dengar daripada penyelia bot atas atap rumah Kampung Lampulo ini tetapi biarlah
mereka sendiri yang bercerita. Kesannya tentu lebih mendalam.
![]() |
Tugu Tsunami di PLTD Apung |
![]() |
Di atas PLTD Apung |
![]() |
Dalam PLTD Apung |
Selesai
bergambar, kami singgah di gerai-gerai cenderahati berhampiran. Sempat juga
isteri saya membeli beberapa bungkus kuih tradisional Acheh. Bolehlah dijadikan
ole-ole kepada keluarga dan kawan-kawan di Malaysia. Kebetulan pula hujan turun
ketika kami keluar dari kawasan PLTD Apung. Nufail yang seronok berlari-lari
tadi juga sudah mula kelihatan penat dan mengantuk.
Candra
seterusnya membawa kami makan tengah hari di Rumah Makan (RM) Padang Elok
Saiyo. Ketika sampai, hujan agak lebat. Nufail tertidur dengan nyenyaknya dalam
perjalanan sehingga kami selesai makan. Bimbang Nufail lapar selepas terjaga,
isteri saya memesan nasi bungkus berlaukan ayam goreng.
Dari rumah
makan, kami dibawa ke Pasar Acheh Mall. Parkir di sini agak susah, jadi kami
diturunkan di depan pintu sahaja. Saya mengambil keputusan untuk rehat sahaja
di dalam van dan tidak turun kerana Nufail masih tertidur kepenatan. Pada
asalnya isteri saya juga tak mahu turun tapi saya bantah. Membeli-belah ni kan
kesukaan orang perempuan.
Namun
begitu, menurut isteri saya barangan di Pasar Acheh Mall agak mahal dan tidak
dicadangkan untuk membeli-belah. Ini kerana, terdapat beberapa peniaga yang
mengambil kesempatan bermain harga, apatah lagi apabila kita tidak begitu mahir
dengan perbezaan nilai ringgit dan rupiah. Walaubagaimanapun, tidak semua
peniaga di sini begitu, tetapi bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak
susu sebelanga.
Untuk
meletak kenderaan, kami terpaksa berjalan jauh kerana jalan di Banda Acheh ni
banyak laluan sehala. Patutlah kami sering melalui jalan yang sama. Semasa
berehat dalam van, saya terlihat gerai buah di celah-celah bangunan berhampiran
van diparkir. Saya minta Candra tengokkan anak saya sementara saya ke
gerai-gerai buah tersebut. Saya membeli salak, anggur dan limau manis. Harganya
tak banyak beza dengan harga di Malaysia. Mungkin lebih murah antara 50 sen ke
seringgit sahaja.
Selain itu, saya
juga sempat berbual dengan Candra. Dari cerita tentang Indonesia selepas
Presiden Suharto, perjuangan rakyat Acheh menentang penjajah Belanda, Ahok dan
sebagainya. Pada hari itu juga, Jakarta diberitakan lumpuh kerana demonstrasi
membantah Ahok.
![]() |
Makan durian |
Tepat pukul
4 petang, kami menjemput ahli rombongan lain di Pasar Acheh Mall dan bergerak
ke hotel. Di hotel, kami urus diri, solat dan saya bercadang hendak
berjalan-jalan di sekitar hotel. Malangnya hujan turun dengan lebat. Kami
terpaksa membatalkan niat kami dan berehat di bilik sahaja.
Pukul 8
malam, Candra membawa kami makan ke RM Wong Solo yang berdekatan dengan hotel
kami. Selesai makan, Candra bertanya mahu ke mana. Ada yang mencadangkan untuk makan
durian dan seterusnya ke kedai cenderahati. Kami dibawa ke gerai menjual
durian. Harganya tidaklah murah sangat dan maaflah tetapi pada pendapat saya
durian Malaysia lebih “ummph”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan