Khamis, 22 Mei 2014

Bandung Trip 2014 Episod 2


Bandung- Syurga membeli-belah?

Benarkah? Tidak semestinya. Bergantung kepada kemahiran kita mengira kadar persamaan nilai matawang dan kemahiran menawar (khususnya di pasar baru dan Jalan Cibaduyut). Bagi saya kalau harga barangannya tidak jauh beza dgn di Malaysia, lebih baik beli di Malaysia. Kurang pengaliran wang keluar dan tak perlu angkat beg berat-berat.

Telekung, pakaian dan kain di sini memang murah tapi hati-hati membeli kasut, handbag dan barang berjenama. Jangan nanti terbeli barang yang harganya sama atau lebih mahal daripada harga di Malaysia.





Tempat makan

Rancang betul-betul dengan supir. Tapi biasanya supir akan bawa restoran yang elok (mewah) sedikit. Jadi, harganya pun elok juga lah. Tapi, tidaklah mahal sangat, lebih kurang RM15-RM30 sekali makan tengahari atau malam. Pastikan order kita tu untuk satu set atau seorang. Kalau kena caranya akan jadi lebih murah daripada RM10 seorang. Di Pasar Baru ada kawan yang "terkena" sampai 100 ribu rupiah; RM30 seorang sbb order satu set yang boleh makan 3-4 orang. Mereka akan kerumun kita macam semut ajak makan di kedai mereka. Tapi, di Pasar Baru je yang "terkena" mcm tu. Tempat lain ok. Sarapan tak perlu risau sebab biasanya hotel ada sediakan. Nak makan murah lagi boleh cuba gerai-gerai di tepi jalan tapi sakit perut tanggung sendiri....
Gerai tolak banyak di tepi jalan.


Restoran Daun

Berapa hari yg sesuai nak ke Bandung?

Jawapannya ialah bergantung kepada tujuan. Kalau sekadar shopping, 3 hari 2 mlm dah cukup, tapi kalau termasuk nak jalan-jalan, boleh tambah sehari lagi. Lama sangat pun bosan juga.

Berikut adalah jadual perjalanan kami.

Hari Pertama (Selasa)
Check in hotel (12 tengah malam)

Hari Kedua (Rabu)
Pasar Baru
Rumah Mode

Hari Ketiga (Khamis)
Transtudio
Jalan Cibaduyut- ada satu kedai jual pisang salai yang lebih baik dari Pasar Baru sebab boleh bincang harga dengan tenang.
Jalan Riau

Hari Keempat (Jumaat)
Tangkuban Perahu
Ciater Hotspring
Jalan Dago
Jalan Riau

Hari Kelima (Sabtu)
Pasar Baru
Jalan Cihampelas

Hari Keenam (Ahad)
Pasar Baru
Balik....

TIGA kali pergi Pasar Baru. Itulah akibatnya kalau pergi dengan kawan-kawan yang suka shopping. Hihihi.... Kalau saya pergi lagi (mungkin lama lagi lah), saya tak akan pergi selama itu.

Namun begitu, yang paling berharga ialah musafir kali ini memberi saya banyak pengajaran yang tidak dapat dinilai dgn duit; betapa bertuahnya negeriku Malaysia. Benarlah kata orang tua-tua, jauh berjalan luas pemandangan, banyak pengalaman, lebih tinggi kesyukuran.

-Tamat-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan