Khamis, 22 Mei 2014

Bandung Trip 2014 Episod 1

Alhamdulillah 25-30 Mac lepas saya berpeluang ke Bandung dengan isteri dalam lawatan anjuran Kelab Guru dan Staf SMKTP. Menarik juga lawatan ke Bandung ni tapi secara peribadi saya mengharapkan sesuatu yang "lebih". Bayangan yang saya dapat daripada pembacaan blog dan cerita rakan-rakan dan saudara mara yang pernah ke sana rupanya tidaklah sama sangat.

Rombongan kami bertolak dengan penerbangan malam sebab harga lebih murah, lebih sejuk dan lebih santai. Sebahagian ahli rombongan naik penerbangan jam 8:30 dan saya jam 10 malam.
Sempat "selfie" di LCCT sebelum berlepas ke Bandung
1. Setelah sampai apa perlu buat dulu?



Kesilapan kami baru-baru ini ialah lambat membeli kad sim telefon bimbit indonesia menyebabkan banyak masa terbuang (menunggu ahli rombongan yang "shopping" terlebih masa).
Berikut adalah cadangan perkara yang perlu dibuat dahulu apabila sampai di Bandung.

i. Beli kad sim talian telefon Indon.

Minta supir singgah di kedai telekomunikasi untuk membeli kad sim talian telefon Indonesia. Jangan risau sebab harganya murah. Saya beli kad sim yang berharga 5 ribu (lebih kurang RM1.50) dan nilai panggilan 3 ribu (90 sen). Saya guna telefon lama (bukan telefon pintar) untuk kad sim tu. Ada juga kawan yang guna telefon pintar sebab nak akses internet. Boleh juga minta supir belikan tapi kalau kad sim perlu dipotong, lebih baik beli di kedai telekomunikasi.

Cadangan saya setiap pasangan atau kumpulan kecil (kita akan pecah kepada kumpulan kecil kerana utk berjalan dalam kumpulan besar amat susah) perlu ada satu talian yang boleh dihubungi (tel atau sms). Yang kedua, beli satu kad sim khas utk data dan masukkan dlm telefon atau alat yg boleh jadi wifi bergerak (telefon pintar pun boleh, telefon samsung pergi ke setting tethering n portable hotspot). Jadi telefon pintar ahli rombongan lain tak perlu tukar sim dan masih boleh akses whatsapp, fb, email dsb.

Jadi, masalah komunikasi dapat diatasi dan masalah menunggu dapat dielakkan terutamanya jika dalam kumpulan anda ada kaki "shopping" tegar.

ii. Tak perlu bawa bahan-bahan cecair-ubat gigi, syampoo dsb.

Barang-barang ni tak boleh bawa dalam tempat penumpang dan kita perlu bayar tambahan baggage kalau nak letak dalam kargo. Beli sahaja di Bandung selepas beli kad sim. Harganya pun lebih murah daripada di Malaysia.

Dah siap dua perkara ni, barulah check in hotel atau mula bershopping.

2. Bincang dengan supir tentang pelan perjalanan anda. 

Elakkan pergi tempat yang sama berulang kali kerana silap perancangan. Rugi masa. Selain itu, kenal pasti tujuan dan kawasan yang hendak dilawati. Trip kami baru-baru ni terbahagi kepada 3; shopping (of course la kan?), melawat (sight seeing) dan berhibur (transtudio).

i. Shopping- pasar baru(macam Pasar Payang Terengganu), Jln Riau dan Jln Dago (berdekatan- jadi boleh pergi serentak), Jln Chihampelas, Jln Cibaduyut, Toko 3, Aria Jeans.
Aria Jeans- Antara kedai "Legend" bila cakap tentang jeans tempah

Pelbagai jenis kain jeans dan kulit

Aria Jeans- Boleh tempah dan hantar ke hotel.
Buka 0830, Tutup 1800

Pasar Baru- Telekung murah-murah!

Serius berbincang
ii. Melawat- Tangkuban Perahu (bekas kawah gunung berapi yg dah jd mcm Tmn Negara- tempat ni ok sbb kat Malaysia tak ada tapi untuk masuk kena bayar 75 ribu seorang, lebih kurang RM23),
Puan Pengerusi KGS SMKTP dan orang-orang kanannya
Misi Kelab Staf- SMKTP membanteras dadah

Saya dan isteri berlatar belakangkan kawah gunung berapi
Ciater Hotspring (tak pergi pun takpe- mcm kat Hulu Langat sahaja, cuma lebih cantik), ladang strawberi dan teh ( tak payah pergi- baik pergi cameron highland)

Antara replika di Ciater Hotspring

iii. Transtudio- tempat yang sesuai untuk aktiviti keluarga. Nasihat saya pergi awal pagi kerana ada persembahan pembukaan dan pergi "weekdays" sebab harga tiket lebih murah dan orang tak ramai sangat. Jadi tidaklah lama sangat tunggu giliran nak main permainan yang ada di sini.
Memang berbaloi dengan harganya...
Tips: Kutip duit yuran masuk awal-awal untuk semua tempat yang ada yuran masuk supaya tak kelam kabut bila sampai pintu masuk.

Bersambung.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan