Isnin, 2 Mei 2011

Garapan Sesudah Subuh

Sarapan pagi di Restoran Mamak sebelum bertolak ke PD
Seluruh urat tubuh masih terasa sakit ketika bangun tidur untuk solat subuh tadi. Penat Hari Keluarga di PD masih terasa. Benjol di kepala pun masih terasa sakit lagi. Terhantuk kepala Budin semasa “banana boat” diterbalikkan. Mungkin Budin pun masih sakit lagi. Itulah yang seronoknya tentang hari keluarga; penat, sakit, lenguh tapi seronok dan mampu membuatkan kita tersenyum mengenangkannya.
Banana boat diterbalikkan.
Terima kasih Kamil kerana belanja ride ni.
Asalnya Hari Keluarga SMKTP ini hanyalah Hari Keluarga semata-mata tetapi setelah banyak pertimbangan, ia digabungkan dengan program “Team Building”. Oleh itu, saya minta isteri saya mengajak adik-adiknya ikut serta. Boleh dibuat teman ketika saya dalam program “Team Building” selain dapat merapatkan hubungan kekeluargaan. Maklumlah, masing-masing sibuk dengan kerja. Jarang dapat berkumpul ramai-ramai begini. Namun, mak mertua dan pak mertua tak dapat ikut sama kerana mak mertua kurang sihat. Begitu juga biras saya; Saufi, pun tak dapat hadir kerana tuntutan kerja.
Acara mandi-manda.
Syafiq dgn Irfan paling seronok.
Program kali ini saya lihat berjaya kerana kehadiran warga SMKTP adalah lebih 90% walaupun terdapat sedikit kecacatan di sana sini. Bermula dengan pertandingan mewarna selepas pendaftaran, diikuti dengan telematch, jamuan makan pada malamnya dan LADAP (team building) keesokan paginya mendapat penyertaan menggalakkan daripada semua peserta. Lebih menggembirakan lagi apabila YDP PIBG; En. Mat Yaacob pun sudi hadir bersama keluarga beliau.
YDP PIBG dan keluarga turut memeriahkan telematch
Semasa telematch, keluarga yang berbeza dapat bergabung dan bersaing dalam satu pasukan walaupun tidak kenal antara satu sama lain sebelum ini. Pengetua pun turut menyertai acara yang dipertandingkan. Antara yang menghiburkan adalah acara kanak-kanak. Keletah mereka menyebabkan ibu bapa tak kering gusi dibuatnya. Seorang kawan saya dulu memberi petua; katanya, hari keluarga akan berjaya apabila anak-anak gembira. Yang penting gembirakan kanak-kanak dulu, nescaya mak bapaknya mesti gembira. Mungkin ada benarnya kata kawan saya tu.
Lari dalam guni
Peserta wanita

Acara rebut gula-gula.
Mak bapak pun berebut juga.

Walaubagaimanapun, bagi saya, program yang paling bermakna adalah “team building”. Terlampau banyak pengajaran yang diperoleh semasa program itu. Daripada membentuk kerja berpasukan sampailah kepada perasaan saling menyayangi dan menghormati sesama rakan sekerja. Terima kasih Abang Baba atas perkongsian ilmu. Tahniah juga kepada pihak pentadbir sekolah yang sangat “sporting” sepanjang team building ini.
Air mata keinsafan.
Menginsafi kita adalah adik beradik
dalam keluarga besar SMKTP

Orang kuat Kelab Guru dan Staf
turut menistiskan air mata.
Saya sayang keluarga SMKTP

Sepakat membawa berkat- Pengetua diangkat untuk membuat tugu yang melambangkan visi dan misi sekolah.
Kepada penganjur program, AJK Kelab Guru dan Staf, tahniah diucapkan kerana berjaya menganjurkan program ini. Anda semua hebat terutamanya Abe Din; wakil tunggal staf. Namun begitu, semua peserta lebih-lebih lagi hebatnya kerana tanpa kerjasama anda semua, program ini tak akan berjaya.
Krew Kelab Guru dan Staf bersama pentadbir sekolah dan penceramah

Peserta LADAP: PAMPARAPAMPAM... PAMPAM
Kepada semua, ambillah segala yang baik sepanjang program ini sebagai panduan dan jadikanlah segala kelemahan sebagai pedoman. Kerana kita semua insan hebat. SMKTP hebat! Pamparapampam..... pampam.
Makan tengahari di Bangi sebelum balik rumah. Sekali lagi Kamil belanja.
IT: Terima kasih Naimah, Suhana, Rashid, Iffa, Kamil, Budin, Latif, Nabil, Syafiq, Irfan kerana sudi hadir sama. Hari keluarga sekolah Kak Naim, keluarga abang pulak nak pergi. hehehe....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan