9:30 pagi-
Melawat Kubah Masjid Tsunami di tengah sawah
11:00 pagi-
Melawat Masjid Rahmatullah, Aceh Besar
12:30
petang- Melawat Rumah Cut Nyak Dhien (pejuang Acheh yang menentang Penjajah
Belanda)
1:30 petang-
Mkan tengahari di Rumah Makan Syiah Kuala
2:30 petang-
Solat di Masjid Raya Baiturrahman
3:00 petang-
Melawat Muzium Acheh
4:00 petang-
Melawat Taman Sari Gunongan
5:00 petang-
Kembali ke hotel, himpunan daya dan solat
8:00 malam-
Makan malam di REX Peunayong
9:00 malam-
Ronda-ronda di sekitar REX Peunayong
10:00 malam-
Balik ke hotel, berkemas untuk pulang
Kubah Masjid Tsunami
Hari ini
merupakan hari terakhir kami boleh berjalan-jalan di sekitar Banda Acheh kerana
penerbangan kami adalah pada awal pagi esok. Setelah sarapan di hotel, kami
dibawa melawat Kubah Masjid Tsunami di sebuah kawasan kampung yang agak jauh
dari Banda Acheh. Jalan ke sini agak sempit kerana jauh ke dalam dari jalan
besar. Kenderaan besar seperti bas terpaksa diletakkan di jalan masuk dan
pelawat boleh menaiki teksi motor yang disediakan.
Bergambar di hadapan KUbah Masjid Tsunami |
Pemandangan sawah yang indah di sekitar kubah |
Van kami
boleh dipandu sehingga ke kawasan kubah masjid tersebut. Dalam perjalanan
terdapat beberapa pelancong, lagaknya seperti orang Malaysia menunggang motor
melalui jalan yang sama kerana bas mereka terpaksa diletakkan di jalan masuk sahaja.
Jalan ini melalui kawasan sawah padi yang sangat cantik.
Wakaf kecil yang memuatkan pameran tentang tsunami |
Semasa kubah
itu dihanyutkan, terdapat tujuh orang sedang berlindung di dalamnya dan
terselamat. Memandangkan kubah itu sangat berat; dianggarkan seberat 80 tan,
maka ia dibiarkan sahaja di situ selepas tsunami dengan kebenaran tuan tanah
tersebut. Kini ia menjadi tempat tumpuan pelancongan. Bersebelahan kubah
tersebut terdapat pondok kecil yang menempatkan beberapa gambar berkenaan tragedi
tsunami yang melanda Acheh pada tahun 2004.
Gerai-gerai cenderahati di pintu masuk kawasan kubah |
Akan tetapi,
terdapat satu perkara yang menyedihkan saya; ibu-ibu di situ berniaga dengan
anak-anak yang masih kecil. Ada yang mungkin baru nak tidur, makan atau menyusu tetapi tertangguh sebentar
kerana kami menjengah kedai ibu mereka. Cadangan saya, kalau ada yang hendak
melawat ke tempat ini, bawalah bersama bauh tangan untuk anak-anak ini.
Maksud saya
buah tangan seperti coklat atau buah-buahan yang mungkin sukar untuk mereka
jumpa seperti anggur atau epal. Jangan pula bawa gula-gula murah yang kita
sendiri tak sanggup nak bagi anak kita makan. Sebab mereka ni bukan
gelandangan, cuma mungkin tak biasa dengan makanan yang sedikit sedap. Sempat
saya bersembang dengan isteri saya, kalau bagi duit pun bagus tapi dengan
hadiah sepeti coklat atau buah mungkin lebih menggembirakan anak-anak kecil
ini.
Saya tinggalkan kampung tersebut dengan rasa yang berbelah bagi. Masih terbayang
anak-anak kecil seusia anak saya digendong ibunya sambil ibunya
bersungguh-sungguh mahu menjual “fridge magnet” kepada kami. Semoga urusan
mereka dipermudahkan.
Destinasi
kami seterusnya adalah Masjid Rahmatullah; salah satu masjid yang turut dilanda
ombak tsunami tetapi masih berdiri kukuh. Masjid ini sudah diperbaiki tetapi sebahagian
kawasan masjid dijadikan kawasan pameran dan masih mempunyai kesan tsunami
seperti batu karang laut. Kami juga sempat mengerjakan solat sunat tahiyyatul
masjid sebelum bertolak pulang. Kalau ada duit lebih, saya sarankan kepada yang
ingin melawat masjid ini untuk memberikan sedikit saguhati kepada pakcik yang
bertugas menguruskan masjid ini selain derma untuk tabung masjid.
Kampung ini
telah musnah sepenuhnya semasa tsunami 2004. Alhamdulillah Kerajaan Turki bermurah
hati untuk membina semula rumah penduduk di sini. Walaupun tidak begitu besar,
tetapi cukuplah untuk mereka berteduh.
Kami
meneruskan perjalanan pulang ke Banda Acheh. Dalam perjalanan kami minta supir
untuk berhenti di gerai menjual buah (keranji dan buah jambu air) dan gerai
menjual kuih. Jambu airnya nampak cantik tetapi (masam) tinggi vitamin C.
Selepas
gerai kuih, Chandra tiba-tiba membelok ke kiri. Rupa-rupanya dia membelok ke
Rumah Cut Nyak Dhien; seorang pejuang Acheh yang terkenal berani menentang
penjajah Belanda. Rumah ini kini memuatkan bahan-bahan pameran tentang sejarah
perjuangan rakyat Acheh secara umum dan Cut Nyak Dhien secara khusus.
RM Syiah Kuala |
Muzium Acheh
DIhadapan Rumah Acheh |
Ruang pameran dalam Muzium Acheh |
Taman Sari Gunongan
Seterusnya
kami dibawa ke Taman Sari Gunongan. Taman ini pada asalnya adalah tempat
seperti taman larangan untuk puteri raja bermain. Puteri raja tersebut asalnya
adalah tawanan perang kemudian dikahwinkan dengan sultan dan menjadi
permaisuri. Cerita lebih terperinci boleh diperoleh daripada penyelia tempat
ini. Sayangnya, kawasan ini seperti kurang diselenggara. Pada pendapat saya,
jika diselenggara dengan baik, kawasan ini boleh menjadi suatu tempat tarikan
pelancong.
Setelah
memanjat binaan “gunongan” dan bergambar di sini, kami pulang ke hotel untuk
urus diri sebelum makan malam. sesampainya kami di hotel, saya ke kedai makan bersebelahan hotel untuk mencuba air alpukat (avokado) dan air sirsak (durian belanda) yang dikatakan sedap oleh kawan isteri saya.
REX Peunayong
Malam itu, kami dibawa ke REX Peunayong untuk makan malam. REX Peunayong adalah suatu kawasan seperti medan selera yang menempatkan pelbagai kedai makan. Di sini saya memesan satay matang, dan isteri saya memilih nasi goreng seafood yang “tak pedas langsung” untuk dikongsi bersama Nufail.
Malam itu, kami dibawa ke REX Peunayong untuk makan malam. REX Peunayong adalah suatu kawasan seperti medan selera yang menempatkan pelbagai kedai makan. Di sini saya memesan satay matang, dan isteri saya memilih nasi goreng seafood yang “tak pedas langsung” untuk dikongsi bersama Nufail.
Air sirsak@durian belanda (kanan) dan air alpukat@avokado (kiri) |
Ini kerana,
berdasarkan lawatan kami hari ini, kami dapati orang Acheh ini wataknya
pejuang, peniaga dan tidak suka meminta-minta. Jika pun mereka berkelainan
upaya, mereka masih berusaha berniaga sekurang-kurangnya menjual jajan-jajan.
Bukan hanya menadah tangan kosong dan mengemis.
Saya juga
mengatakan mereka berwatak pejuang kerana leluhur mereka telah membuktikannya
dengan keberanian mereka menentang penjajah Belanda, manakala generasi sekarang
membuktikannya dengan terus bangkit dan membangun selepas bencana besar tsunami
2004. Oleh itu, amat malang jika Banda Acheh yang kini menjadi tempat tarikan
pelancong, menjadi tempat tarikan pengemis dan pengamen.
Selesai
makan, kami berjalan-jalan di kedai-kedai sekitar. Semasa melewati sebuah kedai
kasut, isteri tertarik dengan kasut kulit yang dipamerkan. Harga pun murah,
kasut kerja pun dah rosak “beyond repair”, maka kami pun menghadiahkan diri
kami kasut kerja baru. Sebenarnya duit rupiah tak cukup untuk bayar harga kasut
tu, tapi tuan kedai kata dia boleh terima wang ringgit, akad jual beli pun
termetrai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan