5:30 pagi-
Check-in di KLIA2
7:55 pagi-
Penerbangan dari KLIA2
9:30 pagi
(8:30 pagi waktu acheh)- Tiba di Bandara Sultan Iskandar Muda, Banda Acheh.
Selepas ini
menggunakan waktu Acheh
9:30 pagi-
Dibawa supir (Ahmad Chandra) sarapan, Muzium Tsunami dan ronda-randa Banda
Acheh.
1:00
tengahari- Makan tengahari, beli simpati Telkomsel (simkad Indonesia untuk plan
data)
2:30 petang-
Check-in Hotel Mekkah. Solat dan himpunan daya.
5:00 petang-
Rehat-rehat di pantai Ulee Lheue.
6:15 petang-
Membeli-belah di kedai-kedai sekitar Putra Acheh
7:00 malam-
Solat di Masjid Raya Baiturrahman
7:30 malam-
Makan malam di Restoran Wong Solo, “window shopping” di kedai-kedai
bersebelahan
9:30 malam-
Pulang ke Hotel Mekkah
Tempat letak kereta KLIA2 |
Semasa
bagasi kami ditimbang, beratnya hanya beberapa ratus gram lagi nak sampai 20kg.
Ngam-ngam soi, kata orang. Sebenarnya kami sudah timbang menggunakan penimbang
berat di rumah. Beratnya 18 kg lebih. Nasihat saya, timbang dahulu berat bagasi
anda. Pastikan beratnya kurang sedikit daripada yang kita tempah. Takut nanti
terlebih berat pula.
Beratur untuk check-in |
Selesai
solat subuh, isteri saya ambil peluang untuk urus anak. Di sini memang ada
disediakan tempat untuk tukar lampin bayi. Seterusnya kami mencari kedai makan
dan terjumpa kedai yang menyediakan nasi lemak. Maklumlah, perut Melayu
katakan. Nasi lemak kosong, nasi lemak rendang ayam dan air kosong dua berharga
lebih kurang RM8. Tidaklah mahal sangat walaupun tak murah.
Nufail buat "peace" sebelum makan nasi lemak |
Sedang kami
bersarapan, ahli-ahli rombongan yang lain juga sampai. Hafizah dan suaminya
Azizul, Abang Rosli, isterinya Kak Amisah, anak mereka, Jannah, kakak Abang
Rosli dan anaknya Aina. Campur dengan kami bertiga, saya, isteri dan anak,
semuanya 10 orang.
Selesai
sarapan, kami urus diri di tandas dan terus ke pintu berlepas yang berkenaan.
Kelihatan penumpang kapal terbang yang sama sudah berbaris untuk memasuki
pesawat. Kami sekeluarga adalah antara yang terakhir kerana kami ada terbaca
tips; jika membawa anak kecil, elok beri ruang penumpang lain naik dahulu
supaya anak kita tidak “stress” dengan kesibukan penumpang lain dan kita boleh
“take our own time” kata omputih.
Untuk isi
masa dalam kapal terbang, isteri saya telah sediakan macam-macam dariapada
sticker, cop pelbagai bentuk dan papan lukisan untuk anak saya. Bahkan senjata
terakhir kami; Samsung Galaxy Tab juga turut dibawa jika semua tidak berjaya.
Alhamdulillah, anak saya tak banyak ragam bahkan begitu teruja melihat kapal
terbang yang pelbagai di KLIA2. Bahkan, tak lama setelah berlepas, dia mula
menguap dan tidur. Dapatlah saya dan isteri melelapkan mata sebentar.
Apabila tiba
di Bandara Sultan Iskandar Muda, pak supir dan rakannya sudah menunggu. Selepas
memperkenalkan diri, Ahmad Chandra mula membantu kami memunggah bagasi ke dalam
van parawisata (van pelancongan) beliau. Di bandara ini memang terdapat bantuan
porter, tetapi kami tak menggunakannya kecuali semasa pulang. Porter di sini
pun lebih sopan dan tidak terlalu mendesak.
Candra
peramah orangnya dan suka berlelucuan. Antara soalan pertamanya adalah sudah
sarapan ke belum. Walaupun kami sudah bersarapan, tetapi hanya kami sekeluarga
sahaja yang bersarapan berat. Jadi, Chandra telah membawa kami untuk bersarapan
di sebuah kedai makan dalam perjalanan. Asalnya untuk makan nasi bebek (itik)
tetapi itik telah habis, hanya ayam yang ada.
Sarapan pagi setibanya di Acheh |
Bagi saya
makanan Acheh ni lebih kurang sahaja dengan makanan Malaysia cuma lebih sihat; kurang
masin dan kurang manis. Kami pelawa juga Chandra dan kawannya untuk makan
bersama tapi mereka menolak kerana sudah makan kata mereka. Sarapan pagi kami
bayar sendiri, atau lebih tepat Abang Rosli yang belanja kerana tiada dalam pakej.
Selesai
sarapan, kami terus dibawa ke Muzium Tsunami. Sepanjang perjalanan, kami
berbual dengan Chandra. Kami diberitahu Chandra dan rakannya memandu selama 12
jam dari Medan untuk mengambil kami. Rupa-rupanya mereka tinggal di Medan! Saya
dah mula bimbang, adakah mereka tahu jalan-jalan di Banda Acheh ni? Tapi
menurut Chandra, dia memang biasa bawa pelancong Malaysia di Acheh. Bahkan
bukan Acheh sahaja, tetapi juga di Medan dan Padang. Dan terbukti memang Candra
bercakap benar. Dalam tempoh kami di Banda Acheh, memang jelas dia biasa dengan
jalan-jalan di sekitar Banda Acheh.
Muzium
Tsunami
Bergambar di pintu masuk Muzium Tsunami |
Kedai
cenderamata (souvenier) di muzium ini juga bagus. Harganya tak banyak berbeza
dengan kedai-kedai cenderahati yang lain. Saya hanya tahu selepas ke kedai-kedai
cenderahati yang lain selepas itu.
Perlu
diingat, kalau perbezaan harga Rp1000, nilainya baru lebih kurang RM0.35 (35
sen). Jadi kalau beza barang Rp3000, sebenarnya baru RM1. Isteri saya sempat
membeli jambu potong bernilai Rp5000 (tak sampai RM2) sebekas di gerai
berhampiran. Di Malaysia mungkin dijual dalam RM2.
Ayam tangkap |
"Fish", tunjuk Nufail |
Rumah makan ni ada kolam ikan |
Pelbagai lauk |
Hotel
Mekkah
Destinasi
seterusnya, Hotel Mekkah. Hotel ini agak cantik cuma biliknya mungkin sedikit
berbau. Tetapi secara keseluruhan memuaskan. Menurut seorang pekerja kedai
cenderamata, hotel ini hotel yang bagus dengan harga yang bagus; “ada bintang”
katanya. Perkhidmatannya juga bagus. Isteri saya meminta seterika untuk
menggosok tudung (biasalah orang perempuan), tetapi tidak diberi. Sebaliknya
kami boleh meminta mereka gosokkan. Upahnya pun tidaklah mahal, lebih kurang
RM1.50 sehelai tudung.
Seperti
biasa, apabila check-in hotel, kami suka melihat perkhidmatan yang ditawarkan
terutamanya makanannya. Harga makanan di hotel ini tidaklah begitu mahal
seperti hotel-hotel biasa. Maknanya, tidaklah sukar kalau kami tiba-tiba lapar
di tengah malam.
Aktiviti
santai petang ke malam
Pukul 5
petang, Candra dan rakannya datang mengambil kami untuk “lepak” di Pantai Ulee
Lheue. Pantai ini penuh dengan aktiviti manusia. Yang menarik di sini ialah bot
itik, air kelapa, satay, jagung bakar dan pemandangan menghadap Lautan Hindi
yang indah. Kami tak berlama-lamaan di sini dan perjalanan diteruskan ke kedai
cenderahati Putra Acheh.
Semasa di
kedai cenderahati, azan maghrib berkumandang. Kami bersegera menyudahkan
beli-belah yang tak seberapa dan bergerak ke Masjid Raya Baiturrahman untuk
solat. Masjid ini antara masjid yang selamat daripada tsunami dan kini sedang
dalam ubahsuai. Mereka sedang memasang payung gergasi yang boleh dibuka dan
ditutup seperti di Masjid Nabawi.
Jemaah yang
solat di sini memang ramai tetapi ruang solat untuk Jemaah wanita adalah
terbuka di tengah-tengah. Saya tak pasti tentang tempat wudhuk untuk jemaah
wanita tetapi kalau di Bandung dulu memang agak terbuka. Isteri saya tidak
solat di sini tapi solat di hotel.
Selesai
solat, kami ke makan malam di Rumah Makan Ayam Penyet Wong Solo. Makanannya
sedap dan menurut kata Azizul lebih sedap daripada restoran Wong Solo di
Malaysia. Selesai makan, kami sempat lagi “window shopping” di kedai-kedai
berhampiran sebelum dihantar pulang ke hotel.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan