|
Cikgu Mah bersama peserta Bengkel Kimia |
|
Guru-guru perempuan semasa LADAP |
|
Guru-guru lelaki semasa LADAP |
Hari semalam ada dua program besar; LADAP dan Bengkel Akademik Sains Tulen Fasa 2. Guru-guru yang terlibat dengan bengkel terpaksa menjadi dua alam selepas Pengetua mengubah keputusan di saat-saat akhir dengan memberikan kebenaran dua orang guru sahaja terlibat dengan bengkel tersebut dalam setiap sesi. Nampaknya perancangan asal terpaksa diubah dengan hati yang sebal.
|
Peserta bengkel sedang menjawab soalan |
Rata-rata yang menghadiri LADAP merungut kerana terpaksa hadir pada hari Sabtu dalam kesibukan dan keghairahan umat Islam hendak menyambut Ramadhan. Namun begitu, guru-guru SMKTP memang baik, hanya bising di belakang sahaja tetapi munurut perintah. Perkara ini patut disyukuri oleh pihak pentadbiran sekolah.
|
Peserta Bengkel Biologi |
Berlainan pula halnya dengan para pelajar yang menyertai bengkel akademik, mereka kelihatan gembira dan bersemangat. Harap-harapnya semangat itu akan berterusan sehingga ke saat akhir menghadapi SPM kelak. Guru-guru yang menganjurkan bengkel kali ini benar-benar berharap akan berlaku peningkatan 2Q(quality and quntity) dalam keputusan peperiksaan SPM 2011.
|
Pelajar sedang menjawab soalan yang diberikan |
Selain itu, saya menyeru diri saya sendiri dan para pelajar serta rakan-rakan guru agar dapat menggunakan peluang Ramadhan tahun ini sebaik-baiknya untuk mendapat ganjaran akhirat yang abadi. Semoga ruang masa yang diberikan Ramadhan dapat kita gunakan untuk meningkatkan lagi produktiviti kita, Insya Allah.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan