Acara perbarisan, semua rumah ada maskot. Hebat. |
Sebagai kakitangan awam, pihak sekolah telah mematuhi arahan supaya Kejohanan Olahraga Tahunan diadakan selepas bulan Jun. Antara alasannya supaya kejohanan lebih meriah dan pelajar lebih seimbang dari sudut akademik dan sukan. Walau bila pun kejohanan olahraga dibuat, Kejohanan Olahraga Tahunan SMKTP tetap meriah. Maklumlah, Naib Johan Peringkat Daerah Hulu Langat lah katakan..... Tahniah kepada Rumah Temenggung kerana berjaya mengamuk sehingga mendapat 21 pingat emas.
Tarik tali sebelah tangan pun boleh menang. Makan apa budak-budak ni? |
- Baca buku teks dan buku rujukan setiap hari walaupun sedikit.
- Buat nota pendek atau peta minda semasa mengulangkaji..
- Baca nota pendek atau peta minda yang sudah dibuat.
- Buat latihan mengikut tajuk atau bab.
- Belajar secara berkumpulan dan buat giliran sebagai pengajar kepada rakan-rakan.
- Jumpa guru untuk bertanya soalan atau minta soalan dan tips.
Semoga bermanfaat.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan